Cuit-cuit bolasepak

Ciptalah impian untuk melihat kebangkitan bola sepak Malaysia

Usahawan kecil, penaja pasukan

TM Malaysia… Itulah penaja rasmi liga bola sepak tempatan.

Daripada pemerhatian penulis, untuk menghasilkan liga yang menarik bukar hanya menyediakan format pertandingan yang menarik tetapi memrlukan bantuan daripada penaja juga. Liga yang bagus yang disertai pasukan yang mempunyai masalah kewangan, lama2 akan hilang serinya.

Penulis yang tinggal di Perancis cuba menyelidik permasalahan ini dengan mengambil kira divisyen 2 Perancis. Pasukan dalam liga ini mempunyai pengurusan yang baik kerana mereka berusaha mencari penaja untuk mengatasi masalah kewangan. Bagi mereka, jika penaja tidak mencari pasukan adalah wajib untuk pasukan mencari penaja.

Dalam kes kita kat Malaysia, masalah utama adalah kurangnya minat syarikat2 besar utk menjadi penaja. Penulis berpendapat, penaja yang sudah pun terkenal tidak semestinya bagus. Antaranya, pasukan boleh dapatkan tajaan tambahan daripada usahawan kecil dan sederhana. Walaupun tajaannya tak besar, tetapi ini mungkin dapat membantu kalau pasukan ditaja oleh banyak usahawan.

Sebagai balasan kepada syarikat kecil ini, logo mereka yang bersaiz kecil ditampal pada baju. Biarlah jersi kelihatan comot sedikit asalkan kedua-dua mendapat manfaat.

15 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis | , , , | Tinggalkan komen

Keciknya kiter….

Kat Perancis, saya sering bermain dengan orang2 di sana. Kali pertama bermain, saya tertanya- tanya ” apalah yang menyebabkan mereka ni hebat main bola…? “.

Saya bernasib baik sebab salah seorang drpd mereka mereka jemput main… apalagi saya masuk la padang. Kebanyakan mereka mempunyai fizikal yg menakutkan… tinggi dan besar.

” Boleh ke aku main ni?. Kang kena rempuh, melambung aku…”

bola-kartun

Belum sempat nak cari jawapan, tiba2 bola datang. Macam biasa, saya tahan dan cuba la gelecek sikit2. Saya cuba tolak ke kiri seorang pamain yg cuba menghalang, oopss…. berjaya lepas. Saya pun terus berlari mendapatkan bola, tapi… opocot!! lajunya mamat ni.

Seingat saya, saya telah meninggalknnya hampir 2 meter, namun tak sampai sesaat dia dah berjaya rampas bola tersebut dengan memintas saya.

Sepanjang saya bermain dengan mereka, hampir setiap kali saya berjaya menggelecek namun kalah dari segi pecutan. Mereka juga memuji teknik yg saya miliki, tetapi … ” Kamu bermain baik tapi kami mempunyai kelebihan ke atas kamu” kata mereka ( hampir macam tu la bunyinya)…

Setiap hari juga la saya berfikir… ” xkan takde cara lain kot?” hati saya terdetik.

Apabila melihat perlawanan pasukan Malaysia dan MU, nyata sekali pemain kita tak mampu bersaing dari segi pecutan. Pemain kita mampu menggelecek, namun bola pasti terlepas kemudiannya.

Oleh itu, saya berpendapat kita harus fokus kepada keupayaan lain seperti :

1. Hantaran tepat – Jika kita mampu melahirkan pemain sebegini, tak kisah la kalau badan pemain kita kecik2.

2. Shooting – Latih penyerang kita untuk tidak terlampau memegang bola ( sbb pasti diorang dapat rampas klau pegang lame2), tapi mempunyai kehebatan menjaringkan gol. Usahaknan untuk cuba jaringkan gol ‘one touch’ je.

3. Hantaran laju – Pemain kita x leh lagi bermain permainan lembut, cuba latihkan diri untuk menghantar secepat mungkin bola kepada member sepasukan.

4. Positioning- ini antara benda paling penting dalam bola. Saya sikit kagum dengan pemain kita sewaktu mlwan MU sbb mereka menunjukkan kebolehan positioning yg tinggi.
jersi malaysia

15 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis | , , | Tinggalkan komen

Carta Piala Malaysia 2009

PIALA MALAYSIA


KUMPULAN A

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

KL PLUS

6

4

1

1

14

5

+9

13

2

PERLIS

6

4

1

1

13

5

+8

13

3

PAHANG

6

1

3

2

14

11

+3

6

4

MELAKA

6

0

1

5

4

24

-20

1


KUMPULAN B

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

N SEMBILAN

6

6

0

0

15

1

+14

18

2

TERENGGANU

6

4

0

2

14

5

+9

12

3

JOHOR

6

2

0

4

12

10

+2

6

4

SARAWAK

6

0

0

6

1

26

-25

0


KUMPULAN C

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

JOHOR FC

6

4

1

1

14

6

+8

13

2

PERAK

6

3

2

1

11

4

+7

11

3

KUALA LUMPUR

6

1

2

3

3

9

-6

5

4

UPB MYTEAM

6

1

1

4

7

16

-9

4


KUMPULAN D

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

SELANGOR

6

4

1

1

15

8

+7

13

2

KUALA MUDA

6

4

0

2

13

8

+5

12

3

PDRM

6

1

2

3

5

12

-7

5

4

SABAH

6

1

1

4

7

12

-5

4


KUMPULAN E

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

KELANTAN

6

5

0

1

12

4

+8

15

2

KEDAH

6

3

1

2

9

3

+6

10

3

PULAU PINANG

6

2

1

3

7

11

-4

7

4

ATM

6

0

2

4

5

15

-10

2

15 Oktober 2009 Posted by | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , | Tinggalkan komen

Apakah matlamat pasukan Liga Super?

Memenangi kejuaraan liga, itulah cita-cita setiap pasukan dalam Liga Super Malaysia. Baik dari pemain, jurulaih mahu pun penyokong setia, menjuarai Liga Super adalah perkara paling penting.

Sebagai penyandang juara, Selangor sudah pasti ingin mengulanginya lagi. Perlis pula tentu sekali tidak mahu hanya ditabalkan sebagai Naib Juara. Bekas juara liga, Kedah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali berada di landasan kejuaraan manakala pasukan Kelantan yang berjaya mencuri tumpuan dengan pemain bintang, akan mengatur strategi untuk mencabar Selangor.

Perebutan mahkota liga yang semakin rancak ini adalah sesuatu yang positif. Namun, adakah kelab kita hanya mahu tersohor di dalam negara sahaja? Apakah kita tidak mempunyai hasrat untuk menonjol ke peringkat lebih tinggi? Sebagai contoh, Piala Juara-juara seterusnya Liga Juara-juara AFC?

Beberapa kelab Thailand, Vietnam dan Indonesia sudah mula diberi peluang beraksi dalam Liga Juara-juara? Kita???

15 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Liga Malaysia | , , , , | Tinggalkan komen

Keputusan Piala Malaysia : 13/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan terakhir setiap kumpulan.

KL Plus

0-1

Perlis

Pahang

6-0

Melaka

N Sembilan

2-0

Terengganu

Johor

5-0

Sarawak

Perak

1-1

Johor FC

UPB MyTeam

3-1

Kuala Lumpur

Kuala Muda

3-2

Selangor

PDRM

2-2

Sabah

Kelantan

5-0

ATM

P Pinang

0-4

Kedah

Perlawanan Suku Akhir Pertama pada hari Selasa 20/10/09

15 Oktober 2009 Posted by | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , | Tinggalkan komen

Keputusan Piala Malaysia : 10/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan ke-5 setiap kumpulan.

Pahang

1-1

Perlis

Melaka

0-4

KL Plus

Johor

2-4

Terengganu

Sarawak

0-1

N Sembilan

UPB MyTeam

2-4

Johor FC

Kuala Lumpur

1-1

Perak

PDRM

2-2

Selangor

Sabah

1-3

Kuala Muda

P Pinang

3-2

ATM

Kedah

1-0

Kelantan

Perlawanan berikutnya pada hari Selasa 13/10/09

15 Oktober 2009 Posted by | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , | Tinggalkan komen

Langkawi, Labuan takde kelab ke?

Hari tu penulis ada pergi ke Pulau Langkawi, untuk laksanakan tanggungjawab “Khidmat Negara”. Cantik betul pulau ni, memang cantik sangat2.

Pabila teringat tentang pulau tersebut, penulis tertanya-tanya, apakah diorang tak nak tubuhkan pasukan bola dalam Liga Malaysia. Walaupun diorang dalam Kedah, tapi penulis rasa diorang mungkin akan ada penyokong sendiri nanti jika tertubuhnya pasukan Langkawi.

Penulis juga berpendapat, Labuan juga boleh tubuhkan kelabnya kerana orang Labuan juga setia pada bandarnya.

15 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis | , , , , | Tinggalkan komen

Farderin jinakkan ‘Polis’

Oleh : L

ALOR SETAR – Pemain bawah 23 tahun kebangsaan, Farderin Kadir terus menyinar bersama kelabnya, Kuala Muda Naza apabila menjaringkan 2 gol.

Usaha KM Naza untuk terus bersaing dalam Kumpulan D membuahkan hasil apabila mereka menjinakkan barisan Polis, 3-0. Skuad Naza yang dibimbing oleh Mohd Nidzam Adzha kelihatan tiada harapan apabila gagal menjaringkan gol pada babak pertama.

Aksi KM Naza bermula apabila ‘young gun’, Farderin berjaya menebusi gol Polis pada minit ke-56. Ketangkasan pemain muda ini terus terselah apabila dia menambah gol untuk kelabnya 12 minit kemudian. Kemenangan  KM Naza di Alor Setar dilengkapkan oleh jaringan bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal pada minit ke-75.

KM Naza kini di tangga ke-2 kumpulan, enam mata di belakang Selangor dan tiga mata di depan Sabah. Manakala, PDRM berada di tempat ke-4 kumpulan, berkongsi mata bersama Sabah.

6 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Piala Malaysia | , , , , , | Tinggalkan komen

Igauan Kenyalang, kegembiraan Sang Penyu

Oleh : L

KUALA LUMPUR – Mimpi ngeri terus menghantui Sarawak dalam kancah Piala Malaysia apabila dibelasah teruk oleh Sang Penyu.

Terengganu yang cuba melupai kekalahan sebelum ini oleh N Sembilan memulakan aksi dengan garang dan berjaya mendapat gol awal. Pada minit ke-12, Abdul Manaf Mamat menyumbat gol pertama Terengganu. Dia kemudiannya menambah dua lagi gol untuk mencipta hatrik.

Gol kedua Sang Penyu terhasil pada pertengahan masa pertama melalui Mohd Syazwan Alias (minit ke-37). Selepas hatrik Abdul Manaf, pemain Terengganu terus bersemangat untuk menguasai permainan, akhirnya Mohd Fazlan Alias memperoleh gol ke-5 untuk pasukannya. Dua gol pada masa lewat permainan oleh Ashaari Shamsuddin melengkapkan malam bergaya Terengganu di stadium lawan.

6 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Piala Malaysia | , , , , , | Tinggalkan komen

Perlis selesa, Melaka tiada harapan

Oleh : L

KANGAR – Empat gol pada separuh masa kedua membolehkan Perlis mendapat kemenangan selesa  5-0 ke atas Melaka dalam Kumpulan A Piala Malaysia.

Keadaan padang yang basah menyukarkan Perlis menghasilkan gol pada babak pertama walaupun mendominasi perlawanan. Anggapan Melaka bahawa keputusan seri akan kekal sehingga waktu rehat meleset apabila Perlis diberikan sepakan penalti yang kemudiannya disudahkan oleh Nizaruddin.

Pada separuh masa kedua, Irfan Bakti membuat sedikit perubahan dengan memasukkan Azmizi Azmi yang kemudiannya menjaringkan gol kedua untuk Perlis. Penjaring terbanyak Liga Super musim lepas, Nizaruddin, mempamerkan ketangkasannya apabila menghasilkan gol ketiga.

Kelesuan pemain Melaka terus terserlah apabila Perlis menambah dua lagi jaringan pada masa lewat permainan, iaitu, Badrol Azam minit ke-88 dan Firdaus Fauzi minit ke-90.

Kemenangan ini membolehkan Perlis menghuni tangga ke-2 kumpulan, satu mata di belakang KL Plus yang juga memperoleh kemenangan ke atas Pahang.

6 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Piala Malaysia | , , , , , , | Tinggalkan komen

Amukan Piala Malaysia!!

Oleh : L

ambik engkau

Perlawanan keempat Piala Malaysia yang berlangsung semalam menyaksikan amukan beberapa pasukan yang bertanding.

Perlis dan Terengganu yang sebelum ini tewas masing-masing kepada KL Plus dan N Sembilan, berjaya memperlihatkan ketajaman serangan mereka. Skuad Perlis membelasah Melaka 5-0, manakala Terengganu menambah igauan Sarawak dengan kemenangan 7-0.

Juara Liga Super, Selangor dan Johor FC pula menyemarakkan penyokong setia mereka dengan mengalahkan lawan di gelanggang sendiri dengan masing-masing menjaringkan 4 gol.

Dua pasukan dari Kedah pula menghidupkan kembali harapan mereka dalam  kancah Piala Malaysia dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas skuad pengaman . KM Naza menewaskan PDRM, dan Kedah menang ke atas ATM.

Perak pula merampas teraju Kumpulan C daripada Johor FC dengan membelasah UPB-MyTeam 6-1 di Stadium Perak dengan Razali Umar Kandasamy dan Azrul Azran Aminuddin masing-masing menyumbang dua gol.

6 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Piala Malaysia | , , , , , , | Tinggalkan komen

Keputusan Piala Malaysia : 06/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan ke-4 setiap kumpulan.

Perlis

5-0

Melaka

KL Plus

3-1

Pahang

Terengganu

7-0

Sarawak

N Sembilan

1-0

Johor

Johor FC

4-0

Kuala Lumpur

Perak

6-1

UPB MyTeam

Selangor

4-1

Sabah

Kuala Muda

3-0

PDRM

ATM

0-3

Kedah

Kelantan

2-1

P Pinang

Perlawanan berikutnya pada hari Sabtu 10/10/09

6 Oktober 2009 Posted by | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , , , , | Tinggalkan komen

Layakkah kita ke Piala Dunia?

Kekalahan 0-3 Selangor kepada pasukan “gergasi” Singapura dalam edisi Piala Sultan Selangor memberikan tanda bahawa kelab Malaysia hanya gah di dalam Malaysia sahaja. Dengan kelibat beberapa pemain asing sahaja, perlawanan tersebut jelas kelihatan berat sebelah.

Banyak pendapat yang kita dengar, ” Diorang guna pemain import, susah nak lawan”, ” Pemain Nigeria kat tengah tu bukan tandingan kita”….

Kata2 tersebut menjadi alasan kekalahan oleh sesetengah pihak. Namun, pernahkah kita terfikir apakah matlamat sukan bola sepak kita? Adakah kita hanya mahu layak ke Piala Dunia tanpa bertembung dengan pemain-pemain berstatus ‘gergasi’ seperti Jepun, Korea Selatan , Iran dan Australia?

Ada yang berpendapat, perbandingan di atas keterlaluan kerana Selangor hanya mewakili sebahagian dari skuad negara. Tapi, skuad Singapura hanyalah sebuah pasukan yang kerdil dalam kelayakan Piala Dunia zon Asia..

6 Oktober 2009 Posted by | Coretan Penulis, Skuad Negara | , , , , , | Tinggalkan komen

Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2009

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


SEBANYAK 115 pasukan dari 13 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara berentap pada pusingan kelayakan Kejohanan Kosmo! Varsiti Futsal 2009 di UiTM Shah Alam semalam.

Saingan hari pertama peringkat UiTM itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 23 (B-23) dan Lelaki Bawah 21 (B-21).

Setiap kategori masing-masing dibahagikan kepada 11 kumpulan untuk Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita (11), Lelaki B-23 (9) dan Lelaki B-21 (lima).

Dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan dalam setiap kategori akan mara ke peringkat Grand Final yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Hari ini, bakal berlangsung pusingan kedua, separuh akhir dan akhir.

Sementara itu, pegawai Sukan UiTM, Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, setiap pasukan yang bertanding menampilkan komitmen yang tinggi bagi memburu slot ke Grand Final.

“Jadi, apa yang dapat kita lihat hari ini (semalam), rata-rata pasukan nampak bersemangat untuk menang dan permainan sungguh bertenaga.

“Saya mengharapkan setiap pasukan menampilkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dianggarkan seramai 5,000 pasukan daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai kejohanan kali ini.

Kejohanan ini mendapat kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Universiti Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM).

Selain Digi Telecommunications, penaja lain yang turut terlibat ialah Figos, Revive, Antabax, Brylcreem, Sloans, Proviton dan Caltex manakala Suria FM sebagai stesen radio rasmi.

Sumber : Kosmo! 04/10/2009

4 Oktober 2009 Posted by | Futsal ++, Petikan Media | , , , | Tinggalkan komen

Keputusan Piala Malaysia : 03/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan ke-3 setiap kumpulan.

Melaka

3-3

Pahang

Perlis

1-2

KL Plus

Sarawak

1-4

Johor

Terengganu

0-1

N Sembilan

Johor FC

0-2

Perak

Kuala Lumpur

0-0

UPB MyTeam

Selangor

3-2

Kuala Muda

Sabah

2-0

PDRM

ATM

1-2

Kelantan

Kedah

0-1

P Pinang

Perlawanan berikutnya pada hari Selasa 06/10/09

4 Oktober 2009 Posted by | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , , , | 3 Komen