Cuit-cuit bolasepak

Ciptalah impian untuk melihat kebangkitan bola sepak Malaysia

Usahawan kecil, penaja pasukan

TM Malaysia… Itulah penaja rasmi liga bola sepak tempatan.

Daripada pemerhatian penulis, untuk menghasilkan liga yang menarik bukar hanya menyediakan format pertandingan yang menarik tetapi memrlukan bantuan daripada penaja juga. Liga yang bagus yang disertai pasukan yang mempunyai masalah kewangan, lama2 akan hilang serinya.

Penulis yang tinggal di Perancis cuba menyelidik permasalahan ini dengan mengambil kira divisyen 2 Perancis. Pasukan dalam liga ini mempunyai pengurusan yang baik kerana mereka berusaha mencari penaja untuk mengatasi masalah kewangan. Bagi mereka, jika penaja tidak mencari pasukan adalah wajib untuk pasukan mencari penaja.

Dalam kes kita kat Malaysia, masalah utama adalah kurangnya minat syarikat2 besar utk menjadi penaja. Penulis berpendapat, penaja yang sudah pun terkenal tidak semestinya bagus. Antaranya, pasukan boleh dapatkan tajaan tambahan daripada usahawan kecil dan sederhana. Walaupun tajaannya tak besar, tetapi ini mungkin dapat membantu kalau pasukan ditaja oleh banyak usahawan.

Sebagai balasan kepada syarikat kecil ini, logo mereka yang bersaiz kecil ditampal pada baju. Biarlah jersi kelihatan comot sedikit asalkan kedua-dua mendapat manfaat.

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Coretan Penulis | , , , | No Comments Yet

Keciknya kiter….

Kat Perancis, saya sering bermain dengan orang2 di sana. Kali pertama bermain, saya tertanya- tanya ” apalah yang menyebabkan mereka ni hebat main bola…? “.

Saya bernasib baik sebab salah seorang drpd mereka mereka jemput main… apalagi saya masuk la padang. Kebanyakan mereka mempunyai fizikal yg menakutkan… tinggi dan besar.

” Boleh ke aku main ni?. Kang kena rempuh, melambung aku…”

bola-kartun

Belum sempat nak cari jawapan, tiba2 bola datang. Macam biasa, saya tahan dan cuba la gelecek sikit2. Saya cuba tolak ke kiri seorang pamain yg cuba menghalang, oopss…. berjaya lepas. Saya pun terus berlari mendapatkan bola, tapi… opocot!! lajunya mamat ni.

Seingat saya, saya telah meninggalknnya hampir 2 meter, namun tak sampai sesaat dia dah berjaya rampas bola tersebut dengan memintas saya.

Sepanjang saya bermain dengan mereka, hampir setiap kali saya berjaya menggelecek namun kalah dari segi pecutan. Mereka juga memuji teknik yg saya miliki, tetapi … ” Kamu bermain baik tapi kami mempunyai kelebihan ke atas kamu” kata mereka ( hampir macam tu la bunyinya)…

Setiap hari juga la saya berfikir… ” xkan takde cara lain kot?” hati saya terdetik.

Apabila melihat perlawanan pasukan Malaysia dan MU, nyata sekali pemain kita tak mampu bersaing dari segi pecutan. Pemain kita mampu menggelecek, namun bola pasti terlepas kemudiannya.

Oleh itu, saya berpendapat kita harus fokus kepada keupayaan lain seperti :

1. Hantaran tepat – Jika kita mampu melahirkan pemain sebegini, tak kisah la kalau badan pemain kita kecik2.

2. Shooting – Latih penyerang kita untuk tidak terlampau memegang bola ( sbb pasti diorang dapat rampas klau pegang lame2), tapi mempunyai kehebatan menjaringkan gol. Usahaknan untuk cuba jaringkan gol ‘one touch’ je.

3. Hantaran laju – Pemain kita x leh lagi bermain permainan lembut, cuba latihkan diri untuk menghantar secepat mungkin bola kepada member sepasukan.

4. Positioning- ini antara benda paling penting dalam bola. Saya sikit kagum dengan pemain kita sewaktu mlwan MU sbb mereka menunjukkan kebolehan positioning yg tinggi.
jersi malaysia

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Coretan Penulis | , , | No Comments Yet

Carta Piala Malaysia 2009

PIALA MALAYSIA


KUMPULAN A

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

KL PLUS

6

4

1

1

14

5

+9

13

2

PERLIS

6

4

1

1

13

5

+8

13

3

PAHANG

6

1

3

2

14

11

+3

6

4

MELAKA

6

0

1

5

4

24

-20

1


KUMPULAN B

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

N SEMBILAN

6

6

0

0

15

1

+14

18

2

TERENGGANU

6

4

0

2

14

5

+9

12

3

JOHOR

6

2

0

4

12

10

+2

6

4

SARAWAK

6

0

0

6

1

26

-25

0


KUMPULAN C

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

JOHOR FC

6

4

1

1

14

6

+8

13

2

PERAK

6

3

2

1

11

4

+7

11

3

KUALA LUMPUR

6

1

2

3

3

9

-6

5

4

UPB MYTEAM

6

1

1

4

7

16

-9

4


KUMPULAN D

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

SELANGOR

6

4

1

1

15

8

+7

13

2

KUALA MUDA

6

4

0

2

13

8

+5

12

3

PDRM

6

1

2

3

5

12

-7

5

4

SABAH

6

1

1

4

7

12

-5

4


KUMPULAN E

NO

PASUKAN

P

M

S

K

J

B

Bz

Mt

1

KELANTAN

6

5

0

1

12

4

+8

15

2

KEDAH

6

3

1

2

9

3

+6

10

3

PULAU PINANG

6

2

1

3

7

11

-4

7

4

ATM

6

0

2

4

5

15

-10

2

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , | No Comments Yet

Apakah matlamat pasukan Liga Super?

Memenangi kejuaraan liga, itulah cita-cita setiap pasukan dalam Liga Super Malaysia. Baik dari pemain, jurulaih mahu pun penyokong setia, menjuarai Liga Super adalah perkara paling penting.

Sebagai penyandang juara, Selangor sudah pasti ingin mengulanginya lagi. Perlis pula tentu sekali tidak mahu hanya ditabalkan sebagai Naib Juara. Bekas juara liga, Kedah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali berada di landasan kejuaraan manakala pasukan Kelantan yang berjaya mencuri tumpuan dengan pemain bintang, akan mengatur strategi untuk mencabar Selangor.

Perebutan mahkota liga yang semakin rancak ini adalah sesuatu yang positif. Namun, adakah kelab kita hanya mahu tersohor di dalam negara sahaja? Apakah kita tidak mempunyai hasrat untuk menonjol ke peringkat lebih tinggi? Sebagai contoh, Piala Juara-juara seterusnya Liga Juara-juara AFC?

Beberapa kelab Thailand, Vietnam dan Indonesia sudah mula diberi peluang beraksi dalam Liga Juara-juara? Kita???

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Coretan Penulis, Liga Malaysia | , , , , | No Comments Yet

Keputusan Piala Malaysia : 13/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan terakhir setiap kumpulan.

KL Plus

0-1

Perlis

Pahang

6-0

Melaka

N Sembilan

2-0

Terengganu

Johor

5-0

Sarawak

Perak

1-1

Johor FC

UPB MyTeam

3-1

Kuala Lumpur

Kuala Muda

3-2

Selangor

PDRM

2-2

Sabah

Kelantan

5-0

ATM

P Pinang

0-4

Kedah

Perlawanan Suku Akhir Pertama pada hari Selasa 20/10/09

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , | No Comments Yet

Keputusan Piala Malaysia : 10/10/2009

PIALA MALAYSIA


Keputusan rasmi perlawanan ke-5 setiap kumpulan.

Pahang

1-1

Perlis

Melaka

0-4

KL Plus

Johor

2-4

Terengganu

Sarawak

0-1

N Sembilan

UPB MyTeam

2-4

Johor FC

Kuala Lumpur

1-1

Perak

PDRM

2-2

Selangor

Sabah

1-3

Kuala Muda

P Pinang

3-2

ATM

Kedah

1-0

Kelantan

Perlawanan berikutnya pada hari Selasa 13/10/09

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Piala Malaysia, Statistik Perlawanan | , , , , | No Comments Yet

Langkawi, Labuan takde kelab ke?

Hari tu penulis ada pergi ke Pulau Langkawi, untuk laksanakan tanggungjawab “Khidmat Negara”. Cantik betul pulau ni, memang cantik sangat2.

Pabila teringat tentang pulau tersebut, penulis tertanya-tanya, apakah diorang tak nak tubuhkan pasukan bola dalam Liga Malaysia. Walaupun diorang dalam Kedah, tapi penulis rasa diorang mungkin akan ada penyokong sendiri nanti jika tertubuhnya pasukan Langkawi.

Penulis juga berpendapat, Labuan juga boleh tubuhkan kelabnya kerana orang Labuan juga setia pada bandarnya.

15 Oktober 2009 DIkirim oleh L | Coretan Penulis | , , , , | No Comments Yet